Novel Nafiri: Projek Crowdfunding

Novel Nafiri: Projek Crowdfunding

TENTANG NOVEL NAFIRI

Nafiri ialah siri novel ringan (novel pendek dengan lukisan)  fantasi tulisan Amir Hafizi dengan ilustrasi oleh Zamzami. Berlatarkan zaman purba nusantara, wira-wira muda terjerumus dalam dunia Nafiri yang penuh pertelingkahan.

Nafiri Perang
Salah satu ilustrasi dalam novel ringan ini, menggambarkan salah satu babak peperangan dalam Nafiri.

Berikut sedikit penerangan ringkas dalam bentuk video:

Kerajaan Nafiri adalah sebuah kerajaan purba yang terletak di Pulau Nafiri – sebuah pulau sebesar Temasek di tengah-tengah Selat Melaka.

Tujuh watak utama berusia muda (19-23 tahun) diberi suara sendiri untuk menceritakan pandangan mereka. Malahan setiap watak masing-masing akan mendapat satu buku dalam siri ini untuk menceritakan kisah mereka. Buku pertama akan menampilkan perspektif Marwan.

Puing

Setiap watak mempunyai impian dan fahaman sendiri tentang apa yang penting, bagaimana perkara perlu diuruskan dan keperibadian tersendiri. Semua ini akan bertembung dalam dunia Nafiri yang penuh pergolakan.

Idea asal untuk novel ringan ini diilhamkan lebih 20 tahun lampau, apabila penulisnya Amir Hafizi mahu menulis kisah fantasi seperti Dragonlance atau permainan video Heroes III. Latar purba tamadun nusantara pada masa itu kurang digunakan. 

Kesuma

CABARAN PROJEK NOVEL NAFIRI

Nafiri ialah projek yang diperam selama lebih 20 tahun. Ini adalah peluang pertama untuk kisah Nafiri diterbitkan untuk dinikmati semua.

Dana daripada crowdfunding ini akan digunakan untuk membayar kos percetakan, kos rekaan grafik, kos ilustrasi dan kos pemasaran awal untuk buku pertama Nafiri. 

Nafiri diilhamkan sebagai siri 8 novel ringan, dan crowdfunding ini adalah untuk novel yang pertama.

Sekiranya inisiatif crowdfunding ini berjaya mendapat sambutan, akan lebih senang untuk menerbitkan kesemua tujuh lagi novel ringan Nafiri yang seterusnya. 

JAWATAN-JAWATAN & GANJARAN UNTUK PENYUMBANG NOVEL NAFIRI

Kami memohon sumbangan dan sokongan semua untuk kami menjayakan projek ini dan berikut ialah lima peringkat sumbangan yang memberi anda jawatan-jawatan berikut:

Jawatan-Nafiri-Crowdfunding

Sila klik pautan ini untuk memilih peringkat sumbangan.

T-shirt Nafiri (Edisi Terhad)

Anda juga boleh membeli t-shirt Nafiri secara berasingan. Sila WhatsApp 0102158064 untuk tempahan t-shirt. T-shirt ini hanya akan dijual sehingga Jan 23 2020, menjadikannya edisi terhad!

T-shirt Nafiri edisi terhad
Butiran lanjut tentang t-shirt Nafiri

Hulubalang:

Hulubalang kerjanya menyokong, dan dunia Nafiri akan runtuh tanpa sokongan para hulubalang.

Para hulubalang akan dihadiahkan dengan jutaan terima kasih. Sebagai perajurit yang ikhlas, mereka tidak perlukan ganjaran yang lain.

NOTA: Jawatan ini sudah direhatkan.

Temenggung:

Menjaga keselamatan darat di Kota Nafiri, Keluarga Temenggung teerkenal dengan kemahiran berkuda dan pertempuran jarak dekat.

Temenggung menerima:

1. Jutaan Terima Kasih

2. Senaskah buku pertama Nafiri.

Laksamana:

Laksamana ialah jawatan yang paling masyhur. Nama mereka yang memegang jawatan ini sering tercatit sebagai pahlawan atau nakhoda terhebat.

Semua yang berjawatan Laksamana akan menerima:

1. Jutaan Terima Kasih

2. Senaskah buku Nafiri

3. Namanya akan terpahat dalam lembaran Nafiri.

Bendahara:

Kedudukannya hanya di bawah Sultan, Bendahara ialah bangsawan paling berkuasa. Bendahara yang banyak berbakti selalunya menerima persalinan daripada Sultan.

Seorang Bendahara akan menerima:

1. Jutaan Terima Kasih

2. Senaskah Nafiri

3. Namanya akan terpahat di lembaran Nafiri

4. Satu persalinan istimewa (t-shirt).

Sultan:

Sultan ialah pemerintah tertinggi Kerajaan Nafiri. Oleh itu, hanya seorang sahaja yang mampu menduduki takhta ini.

Sultan akan menerima:

1. Jutaan Terima Kasih

2. Senaskah Nafiri

3. Namanya akan terpahat di lembaran Nafiri

4. Satu persalinan istimewa (t-shirt).

5. Menamakan salah satu watak dalam Nafiri pada buku seterusnya.

NOTA: Jawatan ini sudah direhatkan.

Sila klik pautan ini untuk memilih peringkat sumbangan.

Sila klik SINI untuk hubungi kami di WhatsApp.

Back to top