Jejon di Jepun 4: Kempen Pre-Order

TENTANG JEJON DI JEPUN

Jejon di Jepun ialah siri komik tentang pengalaman seorang ‘gadis Malaysia’ mengembara di negeri orang, dikelilingi keindahan dan cabaran negara matahari terbit.

Jon Suraya telah mendapat biasiswa daripada Kerajaan Jepun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Jepun, dalam bidang ‘Manga Studies’. 

Setakat ini, sudah tiga buku yang telah diterbitkan dan ini ialah buku yang keempat! Ini ialah kempen untuk pra-pesan atau pre-order Jejon di Jepun 4!

jejon di jepun 4
Muka depan

Berikut sedikit penerangan ringkas dalam bentuk video:

Bermula pada tahun 2015, siri JDJ telah menghiburkan anda (harapnya) selama lima tahun!

Setiap jilid meneruskan pengembaraan Jon Suraya dan sudah macam-macam yang dia kena. Daripada membuat permohonan biasiswa, kepada menyesuaikan diri dengan persekitaran Jepun, hinggalah menangani godaan abang Jepun kedai basikal.

Untuk kempen ‘pre-order’ ini kami juga menawarkan beberapa pakej untuk pilihan pembaca dan peminat. Pakej-pakej ini termasuk t-shirt, lanyard dan peluang memiliki semua jilid setakat ini!

Apa yang istimewa tentang kempen pre-order Jejon Di Jepun 4?

1. “Booklet” eksklusif

SEMUA yang membuat pre-order akan mendapat ‘booklet’ eksklusif Jejon Di Jepun yang tidak akan dijual atau diulangcetak di mana-mana pada bila-bila masa, selama-lamanya.

jejon di jepun booklet
Booklet eksklusif JDJ 4!
Contoh halaman dalam Booklet Eksklusif JDJ 4

Booklet ini ada 14 muka surat dengan muka depan baru rekaan Jon Suraya! Kandungannya tentang ‘behind the scenes’ atau proses pembikinan Jejon di Jepun. Ianya diberi PERCUMA dengan setiap pre-order!

2. Lanyard JDJ

Setebal 20mm dengan rekaan baru Jon Suraya.

jejon di jepun lanyard
Lanyard Jejon di Jepun

3. T-shirt eksklusif JDJ

T-shirt Eksklusif Jejon di Jepun!

Hanya boleh dipesan melalui kempen ini!

Carta size untuk t-shirt

4. Siri Jejon Di Jepun 1-4

Kami juga memberi peluang kepada semua untuk membeli semua buku Jejon Di Jepun 1-4 dengan harga istimewa!

jejon di jepun
Dapatkan KESEMUA JDJ 1-4 dengan pakej istimewa kami!

Semua kos penghantaran telah disekalikan dalam kos pre-order untuk kesenangan semua.

PAKEJ-PAKEJ ‘PRE-ORDER’

SEMUA pakej ‘pre-order’ akan menerima satu booklet eksklusif JDJ secara PERCUMA! Kos penghantaran juga telah disekalikan dengan harga. Penjimatan sehingga RM20!

Kempen pre-order JDJ 4 akan berlangsung antara 10 Februari sehingga 11 Mac, 2020.

Sila klik pautan ini untuk memilih pakej

Sila klik SINI untuk hubungi kami di WhatsApp.

Tentang Komik Maple

Back to top