Taubat Si Tanggang 3: Kempen Pre-Order

TENTANG TAUBAT SI TANGGANG 3

Taubat Si Tanggang adalah siri komik terbitan Komik Maple. Setelah Sekian lama terpendam di dasar lautan, Tanggang bangkit semula untuk menebus dosanya.

Bertemankan si Lunchai dan Sang Kancil, Tanggang menempuh perjalanan bertemu pelbagai Watak dari cerita rakyat yang akan membantu dia menyempurnakan misinya.

Taubat Si Tanggang 3

Setelah sekian lama mengembara untuk mencari keampunan ibunya, Tanggang berdepan cabaran terakhir dari masa lampau.

Rakan-rakannya sedia membantu, tetapi di manakah kesetiaan si Lunchai?Semua persoalan akan terjawab dalam naskah akhir trilogi Taubat Si Tanggang ini!

SIAPA ADIFITRI?

AdiFitri Ahmad ialah pencipta ‘Taubat Si Tanggang’, yang telah memenangi Intellectual Property Creators Challenge (IPCC) kelolaan MDeC.

Dilahirkan pada 30 Mac 1980 di Klang, Selangor. Beliau menerima BArch. (Hons.) daripada UTM, Skudai, kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters di Bartlett School of Architecture, London.

Beliau berpengalaman melukis dan mereka bentuk untuk jenama seperti Volkswagen, Proton, dan Viking Tyres. Lawati adifitri.com untuk melihat sebahagian dari karya beliau.

Apa yang istimewa tentang kempen pre-order Taubat Si Tanggang 3?

Taubat Si Tanggang 3

1. “Booklet” eksklusif

Semua yang membuat pre-order Taubat Si Tanggang 3 akan mendapat booklet ekslusif oleh penulis, menceritakan tentang inspirasi dan dibalik tabir pembikinan siri Taubat Si Tanggang.

Diberi PERCUMA dengan setiap pre-order.

Taubat Si Tanggang 3

2. Kad-Kad Watak (Character Cards)

Setiap set mengandungi 12 kad watak-watak daripada siri Taubat Si Tanggang. Kad mempunyai ilustrasi depan-belakang yang berbeza.

Taubat Si Tanggang 3

3. Kotak Eksklusif Taubat Si Tanggang

Diberi PERCUMA dengan setiap pre-order pakej A, pakej B dan add-on reprint Taubat Si Tanggang 1.

Taubat Si Tanggang 3

4. Edisi Baharu Reprint Taubat Si Tanggang Buku 1

Taubat Si Tanggang Buku 1 kini dalam edisi baharu, sama saiz dengan Taubat Si Tanggang Buku 2 dan Buku 3.

Sesuai untuk si peminat yang ingin mengumpul siri Taubat Si Tanggang.

Taubat Si Tanggang 3

PAKEJ-PAKEJ ‘PRE-ORDER’

SEMUA pakej ‘pre-order’ akan menerima satu booklet eksklusif Taubat Si Tanggang secara PERCUMA! Kos penghantaran juga telah disekalikan dengan harga.

Kempen pre-order Taubat Si Tanggang 3 akan berlangsung antara 18 Mac -31 Mac, 2021.

Sila klik pautan ini untuk memilih pakej

Sila klik SINI untuk hubungi kami di WhatsApp.

Tentang Komik Maple

Back to top