Nafiri: NoRi (Novel Ringan) Pertama Kami

Nafiri: NoRi (Novel Ringan) Pertama Kami

Novel ringan pertama kami, Nafiri bakal menemui anda awal tahun depan, dan kami akan mengadakan kempen crowdfunding (pendanaan awam) bermula Disember ini.

Pengenalan

Nafiri ialah satu siri novel ringan (novel pendek dengan lukisan) tentang tujuh watak utama berusia muda (19-23 tahun) dalam Kerajaan Nafiri, sebuah kerajaan purba yang terletak di Pulau Nafiri – sebuah pulau sebesar Temasek di tengah-tengah Selat Melaka.

Semua watak ini akan diberi suara sendiri dan menceritakan pandangan mereka. Malahan setiap watak masing-masing akan mendapat satu buku dalam siri ini untuk menceritakan kisah mereka. Buku pertama akan menampilkan perspektif Marwan.

Setiap watak mempunyai impian dan fahaman sendiri tentang apa yang penting, bagaimana perkara perlu diuruskan dan keperibadian tersendiri. Semua ini akan bertembung dalam dunia Nafiri yang penuh pergolakan.

Idea asal untuk novel ringan ini diilhamkan lebih 20 tahun lampau, apabila penulisnya Amir Hafizi mahu menulis kisah fantasi seperti Dragonlance atau permainan video Heroes III. Setting purba tamadun nusantara pada masa itu kurang digunakan.

Sejak itu, ada pelbagai pengkarya yang menggunakan zaman itu dan sejarah peradaban kuno Asia Tenggara serta mitos nusantara sebagai sumber inspirasi.

Siapakah pengkarya-pengkarya ini dan mana satu karya-karya mereka?

Siapakah tujuh watak-watak utama Nafiri?

Kenapa Marwan dipilih menjadi watak buku pertama?

Bagaimana idea tentang dunia ini terbentuk?

Adakah cerita ini fiksyen atau berdasarkan kisah benar?

Adakah Pulau Nafiri betul-betul wujud?

Apa kaitan sejarah Melayu dengan novel ini?

Apakah inspirasi dan rujukan penulis Amir Hafizi?

Apakah inspirasi dan rujukan artis Zamzami apabila melukis dunia novel ini?

Apakah strategi perang Nabi Muhammad SAW yang digunakan sebagai inspirasi?

Bukankah Nafiri sebenarnya sebuah alat muzik?

Mana nak tengok teaser-teaser lukisan dan cerita?

Apa sebenarnya projek crowdfunding dan apa hadiah istimewa yang kami akan bagi kepada pembiaya-pembiaya kami?

Kami akan bakal menjawab soalan-soalan anda satu demi satu, di blog kami ini. Stay tuned!

p.s Sementara menunggu, boleh lah pergi jenguk komik-komik terbitan kami di maplecomics.com.my.

Leave a Reply

Back to top