Fantasi Kuasa: Kempen Pre-Order

Fantasi Kuasa ialah satu siri novel ringan (NoRi) terbitan Maple Comics.

Ditulis oleh Amir Hafizi dengan ilustrasi oleh Cross, siri ini mengisahkan Latiff yang mendapat kuasa luarbiasa daripada makhluk asing yang penuh misteri.

Latiff ditemani oleh Misa Hosuwan – seorang artis K-pop yang pintar daripada kumpulan Purplehearts – akibat salah faham antara dia dan makhluk asing tersebut.

Bersama, mereka akan cuba mengubah dunia!

Fantasi Kuasa
Muka depan Fantasi Kuasa

Siri ini ialah sebuah siri komedi romantik yang menyamar sebagai kisah superhero saintifik.

Pergolakan dunia akibat kemunculan sumber tenaga yang baru, serta misteri kuasa luarbiasa dan motif makhluk asing menjadi tema buku pertama ini.

Siri Fantasi Kuasa ada tiga kesemuanya dan dijangka akan habis diterbitkan dalam tahun 2020 – insyaallah.

Kempen pre-order Fantasi Kuasa akan berlangsung sehingga 26 Mac, 2020.

Sila klik pautan ini untuk pre-order.

Sila klik SINI untuk hubungi kami di WhatsApp.

Back to top